BELANDA berdepan petaka selepas dibelasah Jerman biarpun kira-kira tiga hari lalu mereka berpesta gol membelasah Greece. - AFP

UNL: Xavi bingung prestasi pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNICH – Pengurus Belanda, Xavi Hernandez seakan tidak pernah menjangkakan pasukannya dibelasah 0-5 oleh Jerman pada aksi keenam Kumpulan A2 Liga Negara-Negara Eropah, awal pagi semalam.

Walaupun tetap mengesahkan kemaraan ke suku akhir, Xavi seakan bingung dengan persembahan anak buahnya yang sebelum ini cemerlang meraih kemenangan besar 7-0 ke atas Greece, Sabtu lalu.

“Saya sangat kecewa kerana sebelum ini saya cukup bangga dengan pemain. Apa yang berlaku hari ini sukar dipercayai dan ia satu kejutan buat saya sebagai jurulatih.

“Saya telah bercakap dengan para pemain dan memberitahu mereka bahawa kita perlu mengubah mentaliti. Kami tidak boleh terima semua ini dan kami memerlukan pemain yang ada semangat,” katanya.

Pengendali dari Sepanyol itu turut menyifatkan kekalahan tersebut sebagai sesuatu yang memalukan dan menolak andaian kekalahan itu berlaku kerana kehilangan beberapa pemain penting seperti Virgil Van Dijk dan Frenkie de Jong.

“Tiada apa boleh dilakukan dengan perkara yang sudah terjadi, sebagai jurulatih, saya memiliki tanggungjawab untuk membuat keputusan.

“Kami kini memiliki masa sehingga Mac, namun mujur juga kami berjaya melunaskan objektif pasukan iaitu layak ke suku akhir. Namun, 99 peratus adalah memalukan apabila kami mengalami kekalahan seperti ini dan kredit perlu diberikan kepada Jerman,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN