Roslan (kiri) bersama rakannya, Mohd Nizar Yaakob menunjukkan ikan patin buah berharga RM600 di Kampung Mela, Lipis, hari ini.

Patin buah RM600 ‘serah diri’ kerana belalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Dua minggu menanti tanpa hasil tidak mematahkan semangat seorang nelayan sungai apabila umpan belalang kunyit yang dipasang pada arai akhirnya membuahkan rezeki seekor ikan patin buah seberat empat kilogram bernilai RM600.

Lebih menarik, ikan liar itu berjaya diperoleh menggunakan kaedah tradisional menerusi arai yang dipasang di bawah Jambatan Gemuncur, berhampiran Kampung Mela, di Sungai Jelai, di sini.

Roslan Idris berkata, arai itu dipasang kira-kira pukul 6.30 petang semalam ketika keadaan air sungai mula surut selepas hujan reda di kawasan hulu.

Menurutnya, lokasi berkenaan menjadi antara habitat ikan liar yang keluar mencari makanan ketika arus sungai semakin tenang.

“Sudah dua minggu saya gagal memperoleh ikan liar kerana arus Sungai Jelai sangat deras selepas hujan lebat di kawasan hulu, malah arai yang dipasang sebelum ini turut putus dihanyutkan arus.

“Apabila datang memeriksa arai kira-kira pukul 7.30 pagi hari ini, saya dapati talinya ditarik dengan kuat sebelum kelihatan ikan meronta-ronta di permukaan air,” katanya di Kampung Mela, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN