Rafizi Ramli ketika menyampaikan ceramah di Melaka dengan seekor belalang hinggap di atas kepalanya.

Belalang dengar ceramah Rafizi di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kehadiran seekor belalang yang hinggap di atas kepala Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli ketika menyampaikan ceramah di Melaka mencuri perhatian netizen.

Menerusi perkongsian di Facebook, Rafizi berseloroh menyifatkan kejadian itu sebagai titik terendah sepanjang puluhan tahun beliau berceramah apabila terpaksa memanggil belalang untuk mencukupkan jumlah pendengar.

“Titik terendah pakcik berceramah berpuluh tahun. Kena panggil belalang dengar ceramah nak cukupkan orang,” tulisnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi lucu apabila netizen turut berseloroh mengenai kehadiran serangga berkenaan yang seolah-olah menjadi pendengar setia.

“Ada live(siaran langsung) tadi dekat TikTok. Nampak benda itu. Ingat canggih sungguh pasang kamera POV atas topi. Selalu orang pasang dekat dada,” komen @Muhammad Aizat Saad.

Sementara itu, seorang pengguna @Muhamad MY pula berkata, pada mulanya dia menyangka serangga itu menyerupai kipas Doraemon sebelum menyedari ia sebenarnya seekor belalang.

“Mula-mula sekali imbas tadi aku tertanya apa hal ada kipas Doraemon dekat topi Rafizi ni. Bila perhati betul-betul rupanya mentadaklah. Bukan main berdiri gagah mentadak tu,” katanya.

Seorang pengguna lain turut berseloroh dengan menyifatkan kehadiran belalang itu sebagai pencapaian baharu buat Rafizi.

“Tak apalah pakcik. Ini achievement (pencapaian) terbaru kancil. Pakcik berjaya meyakinkan belalang untuk turut mendengar ceramah pakcik,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN