Gambar hiasan.

Sarawak catat suhu harian tertinggi 35.3°C

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Stesen Meteorologi Utama Mulu, Sarawak mencatatkan suhu harian tertinggi iaitu 35.3 darjah Celsius (°C) semalam.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Stesen Meteorologi Utama Limbang, Sarawak dan Stesen Meteorologi Utama Keningau, Sabah pula masing-masing merekodkan suhu 34.5°C.

“Stesen Meteorologi Utama Kapit, Sarawak turut mencatatkan suhu tinggi iaitu 33.8°C,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Sementara itu, bagi jumlah hujan harian pula, Stesen Meteorologi Utama Ipoh, Perak merekodkan bacaan hujan tertinggi iaitu 69.8 milimeter (mm).

“Jumlah hujan harian turut direkodkan di Stesen Meteorologi Utama Kuala Terengganu, Terengganu sebanyak 67.8 mm diikuti Stesen Meteorologi Utama Sitiawan, Perak sebanyak 53.8 mm,” katanya.

MetMalaysia turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka terhadap perubahan cuaca dan merancang aktiviti harian dengan mendapatkan maklumat terkini menerusi laman sesawang serta saluran media sosial rasmi jabatan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN