PENYANYI Afrika Selatan menyanyikan lagu Dayang Nurfaizah berjudul Lelaki Teragung.

Bukan AI, penyanyi Afrika Selatan ‘tapau’ lagu Dayang Nurfaizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi Afrika Selatan, Motswedi Modiba memukau ramai dengan persembahan lagu Lelaki Teragung dalam program televisyen, Silk Way Star.

Menurut Motswedi atau mesra disapa Moe, 29, menyifatkan peluang membawa sebuah karya agung dari Malaysia itu sebagai satu penghormatan besar sepanjang kerjayanya di pentas antarabangsa.

“Saya berasa amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk mempersembahkan lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah dalam episod terakhir Silk Way Star.

“Apabila kami diberitahu bahawa kami perlu menyanyikan lagu dalam bahasa lain, saya berasa sangat teruja dan ingin tahu.

“Saya dan Amir (Amsyar Lee) meneliti beberapa buah lagu, tetapi sebaik sahaja saya mendengar lagu ini, dalam masa 30 saat pertama lagi saya sudah tahu bahawa inilah lagu yang saya mahu bawakan.

“Kami hanya mempunyai masa dua minggu untuk mempelajarinya, dan sepanjang proses itu merupakan satu pengalaman yang sangat istimewa,” katanya dalam Instagram.

Berkongsi lanjut, pelantun lagu It Was A Vibe itu mendedahkan mengambil masa kira-kira 14 hari untuk menghafal lirik dalam bahasa Melayu dengan sempurna.

“Saya mengambil masa untuk menghayati setiap lirik, memahami maksudnya, mengingati setiap bait dan benar-benar mendalami lagu ini.

“Pengalaman itu menjadikan persembahan ini lebih bermakna buat saya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Motswedi turut merakamkan ucapan penghargaan buat penyanyi Amsyar Lee yang menjadi individu penting memperkenalkan keindahan muzik tanah air kepadanya.

“Terima kasih kepada Amir kerana memperkenalkan saya kepada keindahan muzik Malaysia dan kepada Silk Way Star kerana memberi saya peluang untuk mempersembahkan karya yang begitu indah ini di pentas yang begitu istimewa.

“Buat semua sahabat saya di Malaysia, saya harap saya membuat anda semua bangga,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN