BEREGU lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King julang gelaran di Jepun.

Aaron-Roy King julang gelaran kedua, benam beregu No. 1 Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King membuktikan kemampuan mereka sebagai beregu masa depan negara apabila merangkul gelaran kedua musim ini selepas menjuarai Kejohanan Badminton Kumamoto Masters di Jepun, sebentar tadi.

Beraksi di Gimnasium Kumamoto, beregu ranking ke-57 dunia itu mencipta kejutan apabila menumbangkan gandingan No. 1 Jepun dan ranking ke-10 dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi menerusi kemenangan 16-21, 21-13, 21-15 dalam pertarungan selama 55 minit.

Kemenangan berharga itu menyaksikan Aaron-Roy King mengulangi kejayaan menjuarai Terbuka Arctic bulan lalu, yang juga merupakan kejohanan kompetitif pertama mereka sejak digandingkan bersama.

Lebih manis, kejayaan itu turut menyaksikan Malaysia meneruskan aksi terbaik di Kumamoto Masters selepas kali terakhir dimenangi menerusi beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah pada edisi tahun lalu.

Selaku juara pada kejohanan berstatus Super 500 itu, Aaron-Roy King membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$39,500 (RM161,398) berserta pingat.

Selepas ini, pasangan negara itu akan mengalihkan tumpuan menjelang Terbuka Hong Kong pula yang bermula minggu depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN