Papan keputusan tidak rasmi jumlah undi PRN Melaka yang disediakan di BN Command Center di MITC hari ini.

[TIDAK RASMI] PRN Melaka: Gabungan BN-PN kuasai 24 kerusi DUN Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) kini mendahului 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 hari ini.

Keputusan tidak rasmi tersebut dipaparkan menerusi papan keputusan yang disediakan di Barisan Nasional Command Center di MITC di sini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga pukul 7.25 malam itu, gabungan Pakatan Harapan kini mendahului di empat kerusi DUN sahaja.

Ia melibatkan DUN Bandar Hilir, Ayer Keroh, Kesidang dan Kota Laksamana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN