Keadaan motosikal mangsa yang dirempuh dalam kejadian langgar lari di Jalan Sungai Gadut-Rantau, 9 November lalu. Foto IHSAN KELUARGA

Penuntut UiTM patah kaki, tak sempat masuk kuliah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka terpaksa melupakan sementara pengajiannya selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di Jalan Sungai Gadut-Rantau, 9 November lalu.

Lebih menyedihkan, mangsa, Nur Syamira Ensya Hussin, 21, bukan sahaja mengalami patah kaki dan tangan kanan, malah anak saudaranya berusia tujuh tahun yang membonceng motosikal sama turut cedera di bahagian tulang lutut.

Kakak mangsa, Nur Hussyazwanie Hussin, 27, berkata, ketika kejadian antara pukul 3 hingga 4 petang itu, adiknya dalam perjalanan dari Rantau menuju ke Seremban Jaya bersama anak lelakinya.

Menurutnya, keadaan ketika itu hujan sebelum sebuah kereta dipercayai jenis Proton Wira berwarna merah dari arah Sungai Gadut menghala ke Rantau secara tiba-tiba memasuki laluan motosikal dinaiki adiknya sebelum berlaku pelanggaran.

“Adik memang mempunyai masalah rabun sedikit dan ketika itu hujan. Tiba-tiba kereta berkenaan masuk ke laluan adik dan melanggar motosikalnya.

“Saya tidak pasti sama ada pemandu itu cuba mengelak lubang atau bagaimana, tetapi selepas melanggar motosikal adik, dia tidak berhenti,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, akibat kejadian itu, motosikal ditunggang adiknya mengalami kerosakan teruk, manakala kedua-dua mangsa terpaksa mendapatkan rawatan lanjut.

“Adik saya difahamkan baru sahaja memulakan semester baharu pengajian ijazah di UiTM Melaka, tetapi disebabkan kecederaan dialami, dia tidak dapat mengikuti kuliah buat masa ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN