Pemilik ladang sawit, Nor Firdaus Tuah 28, mengutip buah sawit di ladang miliknya yang terjejas akibat banjir ketika tinjauan Bernama di Kampung Batu 7 1/2, Sungai Baung, Changkat Jong, Teluk Intan hari ini. - GAMBAR HIASAN

Calon SPM berdepan cabaran ulang kaji di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Berdepan ketidakselesaan mengulang kaji pelajaran di pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir melanda daerah Hilir Perak, nyata meresahkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang menduduki peperiksaan itu ketika ini.

Muhamad Alif Danish Abdul Rahim, 17, mengharapkan banjir segera pulih, bagi membolehkan dia membuat persiapan akhir peperiksaan dalam keadaan yang lebih selesa di kediamannya di Kampung Batu 8, Jalan Changkat Jong, di sini.

Beliau berkata, persekitaran serta suasana di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap sedikit sebanyak memberi cabaran buatnya, mengulang kaji pelajaran menjelang peperiksaan yang akan bermula pada 23 November.

“Di rumah memang lebih selesa dapat fokus mengulang kaji sejam dua sehari. Di PPS ini suasananya agak ramai dan bising sikit, jadi tumpuan itu sedikit terbatas.

“Saya juga bersyukur kerana guru ada membekalkan dan berkongsi nota-nota penting secara dalam talian bagi memudahkan saya mengulang kaji pelajaran di sini,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib ketika ditemui Bernama di PPS MPTI Langkap, di sini, hari ini.

Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, beliau tidak meletakkan sasaran tinggi, sebaliknya berharap dapat memberikan yang terbaik demi melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Sementara itu, ibunya Jamilah Abdul Syukor, 49, berkata, Muhamad Alif mungkin berdepan situasi sama seperti anak keempatnya (perempuan), yang pernah menduduki peperiksaan SPM ketika keluarga mereka ditempatkan di PPS sama, tahun lepas.

“Jika banjir tidak surut dalam jangka masa dua minggu ini, bermakna Muhamad Alif terpaksa belajar dan mengulang kaji pelajaran di PPS ini sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung,” katanya.

Ibu kepada lima anak itu berkata kejadian banjir kali ini merupakan antara yang terburuk pernah dialami mereka sepanjang 17 tahun menetap di kampung berkenaan.

Beliau berkata air mula memasuki kawasan kediamannya sekitar jam 10 pagi Jumaat lepas, sebelum meningkat dengan pantas hingga ke paras lutut beberapa jam kemudian, sekali gus memaksa mereka sekeluarga berpindah demi keselamatan.

Setakat pukul 8 pagi tadi jumlah banjir di Perak meningkat kembali kepada 380 orang melibatkan 108 mangsa, berbanding 348 orang daripada 99 keluarga petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN