Tisha.

Saya tak mahu cakap banyak – Tisha Gerak Khas 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelakon wanita drama kepolisan Gerak Khas 2.0 yang dikenali sebagai Inspektor Tisha Shamsir akan melantik peguam dalam kesnya.

Tisha atau nama sebenarnya Shanorbiah Shamsir Alam, 40, berkata, menerusi lantikan peguam yang akan dibuat itu sekaligus menyerahkan sepenuhnya prosiding kesnya kepada mahkamah.

​”Saya akan lantik peguam dan saya serahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk kes saya ini. ​Kita semua tunggulah, saya tidak mahu cakap banyak,” katanya ketika ditemui selepas prosiding sebutan semula kes hari ini.

Sementara itu ditanya mengenai keadaan dirinya ketika ini, Tisha menyatakan beliau berada dalam keadaan baik sepanjang menjalani proses perundangan tersebut.

​”Alhamdulillah okey saja,” katanya lagi.

Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini menetapkan 10 Disember ini bagi sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Pada prosiding terdahulu, Tisha mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni atas pertuduhan memberikan diri sendiri tiga jenis dadah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melalui ujian air kencingnya didapati memberikan kepada diri sendiri dadah jenis Methamphetamine, Amphetamine dan Ketamin.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pukul 7.30 pagi pada 7 Julai lalu yang didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dalam akta yang sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau pemenjaraan tidak lebih dua tahun dan pengawasan selama dua tahun dan tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN