Mahkamah Dungun

[KEMASKINI] Perdaya warga emas: Suami direman, isteri bersalin lepas diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang lelaki berusia 29 tahun yang ditangkap penduduk kampung selepas melakukan penipuan bersama isterinya yang sarat hamil untuk memperdaya seorang wanita warga emas semalam ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis ini.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Ng Yan Ni di Mahkamah Majistret Dungun, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, isteri suspek yang juga berusia 29 tahun bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk melahirkan anak pada pukul 7.43 pagi tadi.

“Terdahulu, mereka telah ditangkap sekumpulan penduduk kampung sewaktu dikatakan mahu mengambil wang tunai RM50,000 di rumah seorang wanita berusia 62 tahun di Felda Kerteh 3, di sini, pada pukul 4 petang semalam.

“Kedua-dua suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis selepas itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Nik Ab. Halim berkata, sebelum itu, mereka dikatakan telah memperdaya mangsa sama untuk menyerahkan dua utas gelang tangan bernilai keseluruhan RM17,000 pada 4 November lalu.

Beliau berkata, wanita warga emas itu telah diperdaya kononnya terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram setelah dihubungi suspek yang dipercayai menyamar sebagai pegawai polis dan sebuah syarikat utiliti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN