Safawi antara tunjang pasukan The Cats pada aksi Piala FA sebentar tadi. - Foto ihsan MFL

Piala FA: Kuching City ranap impian Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kuching City FC sekali lagi bakal berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam pentas final apabila menyingkirkan Selangor FC menerusi kemenangan 3-2 secara agregat pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Taha Ariffin, sebentar tadi.

Selepas tewas 1-2 dalam aksi pertama, The Cats bangkit menyamakan kedudukan agregat menerusi sepakan penalti Safawi Rasid pada minit ke-57 selepas pengadil meneliti Video Bantuan Pengadil (VAR).

Kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan sepanjang baki permainan dengan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan.

Nasib malang menimpa Gergasi Merah apabila sendiri Mukhairi Ajmal pada minit ke-118 menghadiahkan tiket final buat Kuching City.

Kejayaan itu cukup bermakna apabila menyaksikan wakil Sarawak kembali ke pentas final selepas penantian 25 tahun, sekali gus memadam impian Selangor untuk meneruskan kemaraan.

Selangor turut menamatkan aksi dengan 10 pemain selepas Eduardo Sosa dan jurulatih kecergasan, Joel Dones dilayangkan kad merah selepas menimbulkan kekecohan sebelum wisel penamat.

Sementara itu, JDT turutmengesahkan kemaraan selepas membelasah DPMM FC 6-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir kedua untuk menang agregat 8-1.

Pertembungan itu bakal mengulangi pertemuan kedua-dua pasukan dalam final Piala Malaysia 2026, sekali gus membuka peluang buat The Cats membalas dendam pada 16 Januari depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN