Penyu yang ditemukan pengunjung di Pantai Saujana, Port Dickon semalam sudah mati namun dipercayai masih hidup ketika gambar reptilia marin itu dirakam.

Penyu di Pantai Saujana dipercayai masih hidup ketika dirakam – Pengarah Perikanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Penyu yang ditemukan pengunjung di Pantai Saujana, di sini, semalam dan tular didakwa sudah mati menerusi media sosial dipercayai masih hidup ketika gambar reptilia marin itu dirakam.

Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati penyu berkenaan sudah tiada ketika pihaknya melakukan semakan susulan.

“Pemeriksaan kami di lapangan mendapati penyu itu sudah tiada. Kemungkinan ia masih hidup ketika gambar tersebut diambil,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan gambar yang dikongsikan, penyu berkenaan dikenal pasti merupakan spesies penyu agar.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengusik atau mengganggu penyu yang ditemukan di kawasan pantai bagi mengelakkan haiwan berkenaan mengalami tekanan atau kecederaan.

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 43 sarang penyu kerah dengan keseluruhan 4,288 biji telur direkodkan di Negeri Sembilan sehingga September tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN