Sultan Ibrahim

Pertikai pengampunan Najib menjurus ingkar perintah Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Seri Paduka Baginda bertitah, semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat itu telah dipenuhi, justeru tidak sepatutnya timbul sebarang kekeliruan tafsiran atau ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan.

Baginda turut menegaskan bahawa perintah berkenaan adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap Najib.

Menurut titah itu, pada 18 September 2026, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah meneliti petisyen Najib di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara.

“Mesyuarat yang turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan dan Peguam Negara itu telah memberikan nasihat sewajarnya kepada Seri Paduka Baginda sebelum baginda memerintahkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta.

“Kuasa pengampunan merupakan prerogatif Diraja yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan,” kata kenyataan Istana Negara di sini hari ini.

Katanya, pelaksanaan kuasa tersebut hendaklah dihormati selaras dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dan prinsip kedaulatan undang-undang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN