fbpx
TANGKAP layar video menunjukkan lelaki terbabit diajar untuk mengeja dan membaca. - Instagram 

‘Macam mana boleh jadi tentera kalau tidak tahu membaca?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA  – Seorang lelaki dipercayai anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) menjadi sensasi internet kerana dirakam tidak boleh membaca dan mengeja, lapor laman berita Pewarta Nusantara. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @infonesiaku.id menunjukkan beberapa anggota tentera dipercayai komander mengajar lelaki terbabit untuk mengeja perkataan ‘kuda’ dari sebuah buku kanak-kanak. 

Selain tidak tahu mengeja, dia juga tidak boleh membaca perkataan tersebut. 

Sebuah hantaran di media sosial mendakwa lelaki berkenaan berjaya melepasi ujian kelayakan kemasukan TNI. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Macam mana boleh jadi tentera kalau tidak tahu mengeja?” kata seorang netizen. 

“Jadi tentera guna duit ‘tepi’,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN