fbpx
Gambar hiasan.

‘Jangan ejek Selangor…kami pernah tolong negeri lain yang banjir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Kau orang..jangan ejek kami di Selangor ni apabila ditimpa musibah banjir.”

Itu luahan seorang penduduk Selangor menerusi satu hantaran di media sosial yang meminta segelintir pihak supaya tidak memperlekehkan nasib penduduk di negeri itu ketika berdepan bencana banjir.

Menurutnya, kumpulan pacuan empat roda (4×4) dari Selangor sebelum ini pernah turun membantu mangsa banjir di negeri-negeri lain yang turut dilanda bencana sama.

“Suatu ketika dahulu kami geng 4×4 pernah hadir ke negeri-negeri ditimpa musibah banjir untuk memberikan bantuan dan pertolongan.

“Mohon doakan kami baik-baik je. Amin…,” katanya yang menggunakan profil Mohammad Haris Baharudin di media sosial, semalam.

“Mental manusia yang mengejek agaknya ni. Kau orang datang Selangor cari rezeki, tak sedar,” ujar @Nora Zainal.

“Saya bersimpati dengan nasib mangsa banjir bukan sahaja di Selangor, tapi seluruh negara,” komen @Zanzuri Mohamad.

“Bertabahlah Selangorku,” kata @Arif Masrom. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN