fbpx
Tangkap layar video tular memaparkan banjir kilat dipercayai berlaku di UiTM Puncak Alam.

[VIDEO] Banjir kilat di UiTM Puncak Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hujan lebat petang ini menyebabkan beberapa kawasan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam dilanda banjir kilat sehingga menjejaskan laluan kenderaan di sekitar kawasan universiti berkenaan.

Menerusi beberapa gambar dan rakaman video yang tular di media sosial, air berwarna keruh dilihat memenuhi jalan raya termasuk kawasan perhentian bas yang menjadi tumpuan pelajar.

Keadaan itu turut menyebabkan beberapa kenderaan termasuk bas universiti dan bas Rapid KL terpaksa melalui laluan yang dinaiki air ketika hujan masih turun dengan lebat.

Rakaman berkenaan turut memperlihatkan air mengalir deras di kawasan perhentian bas, manakala beberapa pelajar dilihat berada di kawasan berbumbung bagi berlindung daripada hujan.

Selain itu, gambar yang dirakam dari sebuah bangunan menunjukkan kawasan jalan raya dan sebahagian tempat letak kenderaan turut digenangi air keruh.

Seorang pengguna Threads dikenali sebagai @nis0piee meluahkan rasa terkejut melihat keadaan banjir yang melanda kawasan universiti tersebut.

“Pertama kali aku tengok UiTM Puncak Alam banjir macam ini,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Threads, @sophiloft turut berkongsi gambar keadaan banjir dari aras tinggi sebuah bangunan yang memperlihatkan kawasan jalan raya ditenggelami air.

“Doakan UiTM Puncak Alam,” tulisnya ringkas.

Setakat ini, tiada maklumat rasmi berhubung kejadian itu dikeluarkan pihak bomba mahupun universiti. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN