fbpx

Kertas siasatan MB Negeri Sembilan dipulangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

 

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan berhubung kes Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, didakwa menandatangani proklamasi berkaitan kedudukan institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bawah pengaruh tidak wajar.

Ia selepas AGC meneliti kertas siasatan dikemukakan PDRM pada 30 Oktober lalu, dan mendapati beberapa tindakan lanjut perlu dilakukan oleh pegawai penyiasat sebelum keputusan dapat dibuat.

“Siasatan berkenaan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, dan hasil penelitian menyeluruh mendapati beberapa tindakan lanjut perlu dilaksanakan oleh pegawai penyiasat sebelum sebarang keputusan dapat dibuat.

“Oleh itu, kertas siasatan akan dikembalikan semula kepada PDRM, hari ini, untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, media melaporkan AGC menegaskan tiada kelewatan pada pihaknya dalam mengkaji dan meneliti Kertas Enkuiri Polis atau kertas siasatan membabitkan laporan berkaitan Ismail.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, dipetik berkata KEP membabitkan siasatan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan itu sudah dirujuk kepada AGC pada 29 September lalu sebelum diminit keluar kepada PDRM pada 7 Oktober lalu.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan seorang Ahli Parlimen kerajaan mempersoalkan kelewatan AGC memberi keputusan berhubung kertas siasatan polis membabitkan Ismail.

Cha Kee Chin (PH-Rasah) dipetik berkata, rakyat Negeri Sembilan masih menanti perkembangan kes berkenaan walaupun polis sudah melengkapkan siasatan dan menyerahkan kertas siasatan kepada AGC pada 29 September lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN