Murid-murid pulang ke rumah selepas kelas agama dan Fardhu Ain di Sekolah Kebangsaan Rompin.

Semua sekolah di Kuantan dan Rompin ditutup esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Semua institusi pendidikan di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang di daerah Kuantan dan Rompin ditutup sementara mulai esok ekoran keadaan jerebu yang semakin teruk di dua daerah itu.

Berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga pukul 1 tengah hari tadi menyaksikan tiga lokasi menunjukkan status tidak sihat iaitu Rompin (156), Indera Mahkota Kuantan (123) dan Balok Baru Kuantan (161).

Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang penutupan institusi berkaitan termasuk sekolah akan dilakukan sehingga keadaan kembali selamat dan arahan selanjutnya dikeluarkan.

“Sepanjang tempoh penutupan, pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) hendaklah dilaksanakan melalui kaedah yang bersesuaian dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru.

“Semua institusi pendidikan di daerah Rompin dan Kuantan hendaklah memantau perkembangan bacaan IPU secara berterusan serta mematuhi arahan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh kementerian pendidikan malaysiam jabatan alam sekitar dan Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pembukaan semula institusi pendidikan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi JPN Pahang setelah keadaan dan bacaan IPU berada pada tahap yang membolehkan institusi beroperasi dengan selamat.

Katanya, pihak institusi pendidikan juga hendaklah mengawal aktiviti yang boleh mendedahkan murid dan warga pendidikan kepada udara tidak sihat serta mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi keselamatan dan kesihatan mereka

“JPN Pahang mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid, guru serta seluruh warga pendidikan.

“Pemantauan berterusan akan dilaksanakan bersama PPD Rompin, PPD Kuantan dan agensi berkaitan bagi memastikan tindakan yang diambil bersesuaian dengan perkembangan semasa,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN