DUA beradik dikenakan notis kerana tidak menunaikan solat Jumaat di Yan, hari ini.

Dua beradik tidak solat Jumaat diberi notis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YAN – Dua beradik dari Kampung Sungai Daun Tengah, di sini diberikan notis untuk hadir ke Pejabat Agama bagi membantu siasatan selepas dikesan tidak menunaikan solat Jumaat.

Pegawai Agama Daerah Yan, Syeikh Mohd Ikmal Hafif Azmi berkata, lelaki berusia 23 dan 37 tahun itu mengaku mereka tidak menunaikan solat Jumaat ketika diperiksa penguat kuasa agama.

Katanya, tindakan itu dilakukan susulan maklumat awam dan risikan yang dijalankan pihaknya.

“Operasi ini pertama kali dilakukan di Kedah membabitkan 18 penguat kuasa wanita, polis wanita dan dibantu anggota penguat kuasa agama lelaki selepas solat Jumaat,” katanya di sini hari ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014. Sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya.

Beliau berkata, sebelum ini tindakan dijalankan dalam bentuk peringatan dan pendekatan dakwah individu sahaja.

“Kali ini kita ambil pendekatan undang-undang bagi mendorong masyarakat supaya patuh kepada perintah agama.

“Ia adalah satu tanggungjawab pemerintah untuk memastikan masyarakat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya mengharapkan orang ramai memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat dan memainkan peranan sendiri mengingatkan sesama masyarakat tentang tanggungjawab sebagai Muslim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN