Keratan Kosmo! Online pada 26 September lalu berhubung kes berkenaan.

Dua senior didakwa bunuh pelajar tingkatan 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Dua remaja lelaki berusia 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh pelajar tingkatan dua di asrama sebuah sekolah di Kuala Pilah pada 25 September lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama menyebabkan kematian pelajar junior tersebut di Blok A, Asrama Putera, sekolah berkenaan pada pukul 7.30 hingga 8.50 malam hari berkenaan.

Pertuduhan terhadap kedua-dua remaja tersebut dibacakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.

Prosiding di hadapan Hakim Roslinda Razali yang bertindak sebagai Majistret dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah.

Kedua-dua remaja berkenaan diwakili peguam, Datuk Hanif Hassan dan Muhd. Wajih Zakwan Hanif.

Mahkamah menetapkan 7 Disember ini bagi mendapatkan laporan patologi, laporan kimia dan laporan forensik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN