Millan Lee (tiga dari kiri) bersama Bella (tengah) pada majlis pelancaran outlet terbaharu Milolo di pusat beli-belah Ombak KLCC di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Milolo buka outlet premium di Ombak KLCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Syarikat mai­nan rekaan tempatan, Milolo Berhad (Milolo) telah membuka kedai konsep premium utama­nya di pusat beli-belah utama, Ombak KLCC di Presint KLCC hasil kerjasamanya dengan selebriti, Bella Astilah.

Outlet yang dikenali sebagai Bella’s Blind Box iaitu antara salah satu koleksi blind box selebriti yang pertama di Malaysia.

Pengarah Urusan dan Penga­sas Milolo, Datuk Millan Lee ber­kata, dengan pembukaan out­let terbaharu ini, syarikat akan dapat meluaskan kehadiran da­lam pasaran peruncitan di pusat be­li-belah utama dan lokasi bertrafik tinggi di seluruh negara.

“Kami memilih lokasi ini kerana kedudukannya yang strategik dengan keterlihatan bangunan yang tinggi, tepat di tengah-te­ngah pusat perniagaan di Kuala Lumpur.

“Ombak KLCC, dan secara am­nya Presint KLCC, mempunyai profil pelanggan yang pelbagai, termasuklah pengguna tempatan, pengumpul mainan seni, keluarga dan pelawat antarabangsa.

“Ini memberikan peluang kepada kami untuk mempamerkan Milolo di tahap yang lebih tinggi dan memperkenalkan IP Malaysia kami kepada khalayak yang lebih luas,” katanya dalam ke­­nyataan bersempena majlis pelancaran outlet tersebut baru-baru ini.

Lee menjelaskan, walaupun cawangan biasanya lebih tertumpu kepada kebolehcapaian dan kemudahan, Ombak KLCC direka khas untuk menjadi sebuah destinasi yang mana pelanggan boleh meneroka dan merasai pe­ngalaman Milolo, berinteraksi dengan watak dan menyertai pelbagai aktiviti iaitu lebih daripada sekadar membeli blind box.

“Pelancaran Bella’s Blind Box menandakan satu langkah besar menuju masa hadapan kami sebagai sebuah jenama yang mana kami sedang meneruskan transformasi daripada peruncit mai­nan koleksi jenama pihak ketiga kepada sebuah syarikat hiburan runcit Kreatif (creative retailtainment), lengkap dengan portfolio IP dan platform pengkomersialan kami sendiri,” terang beliau la­gi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN