Keadaan kebakaran membabitkan sebuah unit apartment di Taman Desa, Kuala Lumpur hari ini.

Rumah apartment di Taman Desa musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebuah bilik membabitkan unit apartment di tingkat lapan di Taman Desa, di sini, musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui NG999 pada pukul 10.05 pagi sebelum menggerakkan pasukan bomba ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba II Rohaizat Ruzali, pasukan melibatkan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh bersama jentera bantuan dari BBP Sri Petaling dan BBP Bukit Jalil.

“Setibanya pasukan bomba pada pukul 10.12 pagi, kebakaran didapati melibatkan bilik utama di tingkat lapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan operasi pemadaman berjaya diselesaikan sepenuhnya pada pukul 11.45 pagi.

Tambahnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN