fbpx
Anwar menziarahi jenazah abangnya, Allahyarham Idrus di kediaman keluarganya di Kampung Cherok Tokun Bawah, hari ini. Foto DANIAL SAAD/KOSMO!

PM ziarah jenazah abang di Cherok Tokun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediaman keluarganya di Kampung Cherok Tokun Bawah di sini, pagi ini bagi menziarahi jenazah abangnya, Allahyarham Idrus Ibrahim, yang meninggal dunia akibat sakit tua.

Anwar tiba pada pukul 11.05 pagi bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib bersama isteri, Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

Allahyarham Idrus, 83, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.30 petang semalam ketika sedang tidur di kediamannya di Jalan Kilang Ubi, Cherok Tokun.

Menurut keluarga, Allahyarham yang juga bekas guru besar itu tidak menunjukkan sebarang tanda luar biasa sebelum meninggal dunia, malah masih mampu menguruskan diri seperti biasa.

Jenazah Allahyarham dijangka disembahyangkan di Dewan Solat Masjid Cherok Tokun Bawah selepas solat Jumaat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cherok Tokun Bawah yang terletak bersebelahan masjid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN