fbpx
BARU episod pengenalan, naskhah KUDRAT 1968: High Council sudah mencetuskan banyak persoalan dan keterujaan penonton.

KUDRAT 1968 baru mula, sudah ada bermacam teori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NASKHAH yang paling dinanti-nantikan ramai akhirnya sudah membuka tirai menerusi episod pertama pada 11 September lalu.

Membariskan wajah-wajah baharu seperti Zarif Ghazzi sebagai Abbas, Mierul Aiman (Kuda), Akmal Asyraf (Piji), Dai Fuad (Pa), Evertts Gomes (Ghafar) dan Chech Harith (Mazli), KUDRAT 1968: High Council bukan sekadar membawa penonton kembali ke zaman permulaan High Council, tetapi turut mengangkat naratif yang lebih dekat dengan realiti iaitu tentang darjat atau jurang sebuah sistem sosial zaman awal Malaysia moden.

Sejak ditayangkan, peminat drama tersebut mula berkongsi pelbagai teori menarik dalam media sosial dengan mengaitkan pelbagai insiden dalam Kolej Ungku Deramat (KUDRAT) sehingga terlahirnya beberapa nama-nama besar seperti Abu Yamin, Ungku Deramat, Beja, Kahar dan Harun Jasni.

Menariknya, ada peminat yang sanggup ‘marathon’ drama Projek: High Council dan Kahar: Kapla High Council bagi memahami semula kronologi yang berlaku sehingga mengorbankan beberapa nyawa.

Dalam masa sama, lakonan Zarif dan Chech Harith antara yang meraih pujian untuk drama kali ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN