Ismail Sabri tiba di mahkamah.

[VIDEO] Ismail Sabri hadir ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

Ismail Sabri, 66, tiba dengan berkerusi roda pada pukul 8.30 pagi. Sejurus selepas tiba beliau kemudian berjumpa dengan beberapa penyokong yang telah hadir sejak awal pagi lagi.

Difahamkan hari ini, Ahli Parlimen Bera itu akan berdepan dengan pertuduhan berhubung pengisytiharan harta. Pertuduhan itu akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Semalam peguam Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Ismail Sabri ketika dihubungi mengesahkan anak guamnya akan hadir di Mahkamah Sesyen bagi menghadapi pertuduhan.

Terdahulu pada 7 Ogos lalu, pendakwaan terhadap Ismail Sabri yang sepatutnya berlangsung pada tarikh itu ditangguhkan ke 27 Ogos iaitu hari ini.

Hakim Suzana menetapkan tarikh itu selepas Amer Hamzah yang mewakili Ismail Sabri memohon penangguhan berikutan anak guamnya berada di Institut Jantung Negara (IJN) kerana masalah kesihatan.

Sebelum ini, Ismail Sabri telah dipanggil beberapa kali bagi sesi rakaman percakapan mengenai pengisytiharan harta yang dibuat oleh beliau kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta, berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap beliau.

Rampasan dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan “rumah selamat” hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN