GALLIFUOCO didatarkan oleh KL City sebagai pemain tempatan sekali gus mencerahkan peluang untuk mewakili Harimau Malaya.

Gallifuoco sudah jadi pemain tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERTAHANAN Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco semakin hampir merealisasikan impian menyarung jersi Harimau Malaya selepas didaftarkan sebagai pemain tempatan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Berdasarkan semakan dalam sistem Pengurusan Pertandingan (CMS) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pengurusan Warga Kota telah mendaftarkan Gallifuoco sebagai pemain tempatan.

Difahamkan, pemain kelahiran Australia berusia 32 tahun itu sudah memenuhi syarat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi proses mendapatkan kewarganegaraan selepas menetap lebih lima tahun di Malaysia.

Situasi itu sekali gus memberi perkembangan positif buat skuad Harimau Malaya selepas kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) turut mendaftarkan tiga pemain naturalisasi baharu, Bergson da Silva, Manuel Hidalgo dan Shane Lowry sebagai tonggak tempatan.

Gallifuoco menyertai KL City pada 2021 selepas mempunyai pengalaman beraksi di beberapa negara selain pernah berada dalam sistem pembangunan Tottenham Hotspur.

Sepanjang berada di Malaysia, dia menjadi antara pertahanan tengah yang konsisten dalam saingan Liga M apabila turut membantu pasukan menjuarai Piala Malaysia edisi 2021.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar sebelum ini turut memberikan sokongan terhadap usaha Gallifuoco untuk mewakili negara dengan menyifatkannya antara pertahanan paling konsisten dalam Liga Super.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN