Sekolah yang ditutup esok susulan situasi jerebu.

Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka, N. Sembilan tutup esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Semua sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup pada esok, susulan situasi jerebu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, penutupan esok turut melibatkan beberapa sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di beberapa negeri.

“Ini melibatkan Selangor (PPD Hulu Langat dan PPD Sepang), Pahang (PPD Kuantan, PPD Pekan dan PPD Rompin), Sabah (PPD Tawau), manakala Sarawak (PPD Serian, PPD Sri Aman dan PPD Lubok Antu.

“Sekolah di semua negeri dan daerah lain beroperasi seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang tempoh penutupan, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan, manakala guru-guru dan AKP dibenarkan Bekerja Dari Rumah (BDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN