Tangkap layar rakaman CCTV LLM memaparkan kesesakan berlaku dari Rawang menuju ke Sungai Buloh.

Rawang-Sungai Buloh sesak 7km, kemalangan di lorong kiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik dari Rawang menghala ke Sungai Buloh dilaporkan sesak sejauh kira-kira tujuh kilometer pagi ini susulan kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Astro Radio Traffic menerusi kemas kini pada pukul 8.43 pagi memaklumkan, trafik bergerak perlahan dari Rawang hingga ke kawasan Hospital Sungai Buloh.

Kesesakan itu berpunca daripada satu kemalangan yang berlaku di lorong kiri sekitar Kilometer (KM) 451.8.

Sementara itu, beberapa pengguna media sosial mendakwa kemalangan tersebut membabitkan beberapa motosikal, manakala sebuah ambulans dilihat tiba di lokasi kejadian.

“Nampak tadi ketika ambulans sampai. Motosikal langgar sama motosikal. Mangsa selamat dan sudah dimasukkan ke dalam ambulans,” kata seorang pengguna Threads, @capybaragoreng.com__.

Seorang lagi pengguna, @ciksyazira.az memaklumkan kesesakan masih berlaku ketika dia melalui kawasan tersebut dan ambulans sudah berada di tempat kejadian.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN