Sultan Sharafuddin.

Cuti Jubli Perak Selangor: Majikan swasta wajib beri cuti berbayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Majikan sektor swasta di Selangor yang memilih 25 Oktober sebagai cuti peristiwa sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah wajib memberikan cuti tersebut sebagai hari kelepasan am berbayar kepada pekerja.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam kenyataannya berkata, cuti peristiwa berkenaan merupakan hari kelepasan am pilihan bagi sektor swasta di negeri ini.

Menurut JTKSM, majikan yang memilih Cuti Peristiwa Negeri Selangor sebagai salah satu hari kelepasan am berbayar perlu memberikan manfaat tersebut kepada pekerja masing-masing.

“(Bagaimanapun) majikan yang menetapkan Ahad sebagai hari rehat pula hendaklah memberi hari kelepasan am gantian pada hari berikutnya, 26 Oktober 2026 (Isnin) sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 60D(1) Akta Kerja 1955.

“Sebagai alternatif, majikan juga boleh menggantikan hari kelepasan am berbayar tersebut kepada hari lain dengan persetujuan pekerja seperti peruntukan di bawah Seksyen 60D (1A) Akta Kerja 1955,” katanya.

Jelasnya, pengisytiharan cuti peristiwa itu dibuat selaras dengan Subseksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] yang membolehkan kerajaan negeri mengisytiharkan mana-mana hari sebagai hari kelepasan am bagi negeri berkenaan.

Kerajaan Selangor sebelum ini mengumumkan 26 Oktober sebagai cuti gantian kerana tarikh kemuncak Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor pada 25 Oktober jatuh pada Ahad.

Cuti peristiwa itu diadakan bersempena genap 25 tahun pemerintahan Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan kemuncak sambutan pada 25 Oktober yang turut merangkumi beberapa istiadat utama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN