KUALA LUMPUR – Institut Jantung Negara (IJN) menzahirkan ucapan takziah atas pemergian tokoh perubatan negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.
Dalam kenyataan hari ini, IJN menyifatkan Allahyarhamah sebagai tokoh perubatan Malaysia yang disegani selain seorang wanita yang penuh keanggunan dan sifat penyayang.
“Jasa dan sumbangan beliau kepada bidang penjagaan kesihatan serta negara akan terus dikenang,” menurut kenyataan itu.
IJN turut mendoakan agar Allah SWT mengurniakan keampunan dan menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beroleh kedamaian serta rahmat-Nya.- KOSMO! ONLINE














