Gambar kenangan Anwar bersama Tun Siti Hasmah turut dikongsikan di laman sosial Facebook Perdana Menteri hari ini.

Negara kehilangan sosok keibuan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Negara kehilangan sosok keibuan yang dekat di hati rakyat dengan pemergian Almarhum Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, beliau bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan keluarga, menerima berita pemergian tokoh berkenaan dengan penuh dukacita.

Menurut beliau, Almarhum yang mesra disapa sebagai Kak Hasmah dikenali sebagai seorang yang lembut tutur katanya, namun mempunyai jiwa yang tabah dan kuat.

“Kami mengenali Almarhum sebagai Kak Hasmah, seorang yang lembut tutur katanya, namun tabah dan kuat jiwanya, malah sentiasa mengambil berat tentang orang di sekelilingnya dengan kasih sayang seorang ibu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar berkata, pemergian Almarhum bukan sahaja dirasai keluarga, malah meninggalkan kehilangan besar kepada negara yang mengenali beliau sebagai sosok keibuan.

“Hari ini, negara kehilangan sosok keibuan yang dekat di hati rakyat. Sementalahan, kami akan mengenang Kak Hasmah dengan rasa kasih yang mendalam, bersama segala jasa dan kebaikan yang ditinggalkannya,” katanya.

Beliau turut merakamkan setulus-tulus takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga Almarhum.

“Saya dan Azizah mendoakan semoga Allah SWT mengampuni Almarhum, menerima segala amal baktinya serta mengurniakan ketabahan kepada mereka yang ditinggalkan.

“Al-Fatihah,” tulisnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN