fbpx
Reaksi balas Rafizi di aplikasi Threads apabila ada pengguna menyamakan rambut suaminya dengan bekas Menteri Ekonomi itu.

Bukan pak cik sorang botak tengah kat Malaysia – Rafizi Ramli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – ‘Hoi! Bukan pak cik sorang yang botak tengah kat Malaysia ni’.

Demikan seloroh Datuk Seri Rafizi Ramli apabila seorang pengguna di aplikasi Threads menyamakan keadaan rambut suaminya dengan bekas Menteri Ekonomi itu.

Terdahulu, menerusi perkongsian di aplikasi Threads, wanita dikenali sebagai Aisyah_hazwani telah berkongsi keadaan rambut suaminya yang telah botak di kawasan tengah kepala.

“Ada petua tak, nak bagi suami hensem balik? Dah macam rambut Rafizi Ramli,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai komen ke atas hantaran Rafizi itu.

“Betul YB… saya pun antara salah sorang yang botak tengah, member selalu perli, dah tua-tua pun cukur bantal,” komen Halim0795.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Akmlwho.

“YB patut bangga. Asal botak tengah je org ingat YB. Memang YB sentiasa dingati di fikiran rakyat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN