Gambar hiasan.

Remaja perempuan ditahan curi kabel elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Aktiviti mencuri kabel elektrik milik sebuah syarikat utiliti bernilai RM8,000 dipercayai didalangi seorang remaja perempuan berjaya ditumpaskan pihak berkuasa di Kampung Delong, di sini, semalam.

Remaja berusia 18 tahun itu ditahan di Jalan Loji Air Paya Kemudi di sini kira-kira pukul 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan mengenai kecurian kabel elektrik bersaiz 150 milimeter (mm) sepanjang 1,000 meter.

“Sepasukan anggota polis ditugaskan ke lokasi tersebut sebelum terserempak dengan suspek. Suspek meninggalkan kabel elektrik yang dipotong dan cuba melarikan diri dengan kereta jenis Proton Satria Neo namun tidak berjaya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, berapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk mencuri kabel elektrik dapat dirampas.

“Remaja itu ditahan reman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN