fbpx
Najib ketika hadir bagi permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion berkaitan kes penyelewengan dan 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Foto MUHAMAD IQBAL ROSLI

Najib tidak mampu bayar RM50 juta – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mampu membayar denda berjumlah RM50 juta yang dikenakan terhadapnya atas pertuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn. Bhd.

Jumlah tersebut perlu dilunaskan terlebih dahulu sebagai syarat sebelum Najib menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata, bekas Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk melunaskan denda tersebut kerana akaun bank beliau dibekukan.

Tambahnya, akaun bank Najib dibekukan termasuk akaun Affin Bank yang digunakan untuk menerima gaji ketika menjadi Perdana Menteri Keenam dan Ahli Parlimen.

“Setakat hari ini, Najib sendiri tidak mampu membayarnya. Beliau tidak mampu membayar,” katanya semasa sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah, di sini hari ini.

Kosmo! pada 18 September lalu melaporkan Najib diperkenan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya memberikan pengampunan bersyarat kepada beliau.

Bagaimanapun bekas Perdana Menteri itu perlu membayar denda RM50 juta.

– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN