fbpx
Tangkap layar video yang dikongsikan pengguna Threads awal pagi tadi.

[VIDEO] Gua Musang banjir, dalam bas pun masuk air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kejadian banjir di Gua Musang, Kelantan awal pagi tadi turut menyebabkan air memasuki sebuah bas sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penumpang.

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Threads @mrdhh.azm yang memuat naik video bas yang dinaikinya dimasuki air ketika meredah kawasan banjir.

“Gua Musang banjir, paip sumbat katahta. Gerun betul masa bas redah habis masuk air dalam bas.

“Yang mana nk balik ke Kuala Lumpur atau mari ke Kelantan tu hati-hati. Lega sebab barang tak basah. Air pun dalam molek (tidak teruk) la,” katanya.

Perkongsian pengguna tersebut turut mendapat reaksi beberaoa pengguna lain yang bertanya sama ada pagi ini keadaan di kawasan terbabit sudah kembali surut atau sebaliknya.

“Nak balik KL tengah hari ini, harap isu banjir situ dah selesai, air tak surut. Kalau tak terpaksa ambil EL (cuti kecemasan),” kata Fauzi.

“Beraninya pemandu bas redah air banjir, nampak deras,” tegur @mkzzmark. – KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN