fbpx
Tabung Solidariti Najib Razak berjaya mengumpulkan RM1 juta dalam tempoh 24 jam.

Tabung Solidariti Najib kumpul RM1 juta dalam 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tabung Solidariti Najib Razak sehingga kini berjaya mengumpulkan sebanyak RM1 juta, selepas ia dilancarkan pada petang semalam.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jumlah terkini itu adalah setakat pagi tadi dan beliau turut mengalu-alukan orang ramai untuk terus menyalurkan sumbangan kepada tabung berkenaan.

“Alhamdulilah! Pagi ini pukul 9.30 pagi, Tabung Solidariti Najib Razak sudah mencecah RM1 juta. Teruskan menyumbang walau hanya RM10 ke CIMB ISLAMIC UMNO No. Akaun: 8604886094,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, tabung berkenaan diwujudkan susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Bagaimanapun, pelaksanaan tahanan rumah itu tertakluk kepada beberapa syarat termasuk penyelesaian denda berjumlah RM50 juta.

Sebelum ini, UMNO mengumumkan pelancaran tabung khas bagi membantu meringankan beban kewangan Najib untuk melunaskan denda berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN