fbpx
Gambar hiasan.

Suspek tikam lelaki di Pasar Borong KL diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera di selepas dipercayai ditikam seorang individu tidak dikenali dalam kejadian di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, 12 September lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang badan.

“Mangsa tidak mengenali suspek dan siasatan masih diteruskan.

“Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sedang berusaha mengesan suspek yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Selayang dan dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN