fbpx
Rais Yatim.

‘Krisis Negeri Sembilan boleh selesai segera jika…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Kemelut adat di Negeri Sembilan yang tercetus ketika ini boleh diselesaikan segera sekiranya keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang dibuat pada 17 September lalu dihormati dan dilaksanakan.

Tokoh Budaya dan Adat Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim berkata, keputusan berkenaan dilihat sudah menyediakan asas penyelesaian terhadap kemelut membabitkan institusi adat dan takhta di negeri ini.

Menurut beliau, isu tersebut berakar daripada sistem adat dan tamadun Negeri Sembilan sejak ratusan tahun lalu, justeru penyelesaiannya tidak wajar hanya dilihat daripada sudut undang-undang bertulis.

“Dengan adanya keputusan MMK Negeri Sembilan pada 17 haribulan itu, sebenarnya perkara ini sudah selesai. Keputusan itu juga dikatakan hampir hendak diwartakan.

“Tetapi kemudian datang pandangan daripada Jabatan Peguam Negara yang tidak diperlukan dalam soal adat Negeri Sembilan serta telah mengeruhkan lagi keadaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Rais berkata, Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 32 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 perlu dilihat bersama dalam menangani kemelut berkenaan, termasuk mengambil kira kedudukan adat purba atau Adat Perpatih.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN