fbpx
Mangsa terakhir tragedi lemas Pantai Tanjung Lompat berjaya ditemukan hari ini di Tanjung Siang pukul 3.05 petang tadi.

Lemas Tanjung Lompat: Mayat terakhir dijumpai di kawasan berbatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Selepas empat hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan, mangsa terakhir kejadian lemas di Pantai Tanjung Lompat akhirnya ditemukan di Tanjung Siang di sini petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Mohd. Syamsuri Mohamad berkata, mangsa yang dijumpai pada pukul 3.05 petang itu disahkan sebagai Mohamad Haiman Fitri Supian, 16.

“Mayat mangsa ditemukan di kawasan batuan persisir pantai oleh orang awam kira-kira 5.5 kilometer dari lokasi kejadian.

“Remaja itu dijumpai dalam keadaan masih lengkap berpakaian. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, kegembiraan enam remaja mandi-manda di Pantai Tanjung Lompat pada Rabu lalu bertukar tragedi apabila empat daripada mereka hilang.

Dua daripada mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Alif Taqiuddin Kamal Hasrul menjadi mangsa pertama yang dijumpai diikuti jasad Muhammad Thaqif Rayyan Rumainoor dan Muhammas Adib Hafiy Kamal. Ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia berusia 16 tahun. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN