Tangkap layar video menunjukkan beberapa durian digantung pada belakang kereta di sebuah lebuh raya Indonesia baru-baru ini. - Instagram

Gantung durian belakang kereta elak bau ‘busuk’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Pengguna jalan raya di Indonesia terkejut apabila menemukan  sebuah kenderaan elektrik (EV) jenis BYD menggantung beberapa buah durian di bahagian belakang kereta. 

Kejadian dirakam di sebuah lebuh raya, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun socialfeed_id menunjukkan kira-kira lima biji buah durian digantung di bahagian nombor pendaftaran sambil beralaskan sekeping kadbod.

Perbuatan itu dibuat sama ada untuk mengelak daripada dilanggar kenderaan lain atau memastikan kereta tidak berbau durian. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 23,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Boleh letak di dalam kereta tetapi satu kereta akan durian,” kata seorang netizen. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN