Gambar hiasan

Lelaki didakwa salah guna wang jualan syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas pertuduhan menyalahgunakan wang hasil jualan barangan milik sebuah syarikat.

Tertuduh, Tong Ban Tat, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Heng Yi Min.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan pemilik syarikat Ah Tat Station didakwa secara tidak jujur dan curang menggunakan untuk kegunaan sendiri wang berjumlah RM2,176 pada Oktober 2024 di No. 71, Jalan Midah 7, Taman Midah di sini.

Wang itu didakwa merupakan hasil jualan komputer riba jenis Lenovo, komputer riba ThinkPad, peranti elektronik jenis iPad dan produk kecantikan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun, dengan sebatan serta denda.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan kes kemudiannya ditetapkan pada 16 Oktober untuk serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN