Gambar hiasan

Warga Jepun, Taiwan kurung lelaki China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Seorang warga Jepun dan dua lelaki Taiwan ditahan polis hari ini ekoran mengurung seorang mangsa dari China secara salah di sebuah rumah di Venus Residence, Seri Manjung di sini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, pihaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerima aduan mengenai kejadian itu menerusi aplikasi WhatsApp kira-kira pukul 10.30 malam.

“Bertindak atas maklumat, kira-kira pukul 12.15 tengah malam tadi, sepasukan polis dari IPD Manjung telah ke lokasi kejadian.

“Mereka menahan seorang lelaki wargenegara Jepun dan dua lelaki warganegara Taiwan berusia antara 21 hingga 33 tahun disyaki terlibat dalam kejadian ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, seorang lelaki warganegara China berusia 21 tahun iaitu mangsa disyaki telah dikurung secara salah turut diselamatkan dalam serbuan tersebut.

Katanya, mangsa tidak mengenali suspek dan difahamkan dia sedang mencari kerja sambilan sebelum ‘tersangkut’ dengan mereka.

Hasbullah berkata, tangkapan dan rampasan telah dibawa ke IPD Manjung untuk tujuan siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan Seksyen (6)(1)(c) Akta Imigresen 1953/63.

“Ketiga-tiga orang kena tahan (OKT) telah ditahan reman selama empat hari bermula 26 hingga 29 Ogos,” katanya.

Beliau berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil hadir ke IPD Manjung atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222.

“Maklumat juga boleh disalurkan ke talian hotline WhatsApp 017-682 8005 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN