Mohd. Khalid (dua dari kanan) ketika mengadakan tinjauan di sempadan Malaysia-Thailand di pangkalan haram Lubok Gong, Rantau Panjang hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

Kawalan semua pintu masuk utama negara diperketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RANTAU PANJANG – Kawalan di semua pintu masuk negara diperketatkan dalam usaha membendung sebarang ketirisan dan kepincangan yang boleh menjejaskan keselamatan Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail berkata, walaupun tanggungjawab itu di bawah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia sentiasa bersedia memberikan bantuan.

“Ia selari dengan arahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang meminta PDRM membantu agensi terlibat bagi memastikan kawalan di pintu masuk negara terus diperkukuh.

“Saya percaya agensi-agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri dapat melaksanakan penugasan mereka secara bersepadulah bagi memastikan semuanya berjalan dengan baik dan lancar,” katanya katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di sempadan Malaysia-Thailand di pangkalan haram Lubok Gong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Khalid memberitahu, tindakan memperketat kawalan di pintu masuk negara sejak kebelakangan ini turut memberikan kesan positif.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, PDRM masih menjalankan siasatan berhubung kemungkinan seorang juruterbang warga Malaysia yang ditahan di Indonesia mempunyai kaitan dengan kegiatan penyeludupan dadah.

Katanya, siasatan itu lebih kepada usaha mengesan mereka yang melakukan kesalahan bertentangan dengan undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN