Antara pengurusan tertinggi Aman Palestin yang hadir ke Makkamah Tinggi Shah Alam berhubung pengubahan wang haram, penipuan dan pecah amanah. Foto SADDAM YUSOFF

SPRM gagal lucut RM21 juta, jongkong emas Aman Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucut hak satu jongkong emas dan wang RM21 juta dalam 12 akaun bank milik Aman Palestin Sdn. Bhd. ditolak Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim, Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar membuat keputusan itu selepas meneliti afidavit serta hujahan kedua-dua pihak.

Menurut beliau, SPRM selaku pemohon sebelum ini memohon perintah pelucuthakkan akaun bank itu di bawah Subseksyen 56 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti 2001 (Akta 613/ AMLA).

“Pemohon mendakwa dana derma yang dikutip bagi membantu rakyat Palestin itu diseleweng dan responden (Aman Palestin) memindahkan sejumlah wang besar kepada sebuah syarikat bagi pelaburan tunai, harta dan pembelian emas.

“Selain itu, pemohon berhujah bahawa jongkong emas yang dibeli responden merupakan hasil berkaitan kesalahan predikat iaitu Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tegasnya, SPRM gagal membuktikan wang dan jongkong emas berkenaan merupakan hasil perlakuan salah atau aktiviti haram.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN