DOKTOR menunjukkan batu karang yang berjaya dikeluarkan daripada seorang lelaki. - Trincomalee General Hospital

Doktor keluarkan batu karang lebih 3 kilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

COLOMBO – Sekumpulan doktor  di Sri Lanka mengeluarkan batu karang seberat 3.1 kilogram dalam pundi kencing seorang lelaki, lapor stesen penyiaran BBC.

Kes itu dipercayai penemuan batu karang terbesar seumpamanya dalam sejarah.

Prosedur tersebut dilakukan minggu lalu di sebuah hospital di Trincomalee, timur Sri Lanka..

Pesakit berusia 55 tahun itu dimasukkan ke hospital selepas menderita akibat strok. 

Namun, ketika menerima rawatan, doktor menemukan batu di dalam pundi kencingnya selepas menyedari dia sukar membuang air kecil.

Semasa pembedahan, doktor mengeluarkan batu karang itu yang memiliki berat menyamai  bayi cukup bulan dan bersaiz  sebesar telur burung unta.

“Berdasarkan rekod yang ada, ini adalah batu batu karang terbesar pernah dikeluarkan melalui pembedahan,” kata Dr. Prahalahan Balakrishnan yang mengetuai tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN