Gambar hiasan.

Gempa bumi kuat 6.1 magnitud gegar Sulawesi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia pada pukul 12.25 tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, gempa itu berpusat pada koordinat 0.1 darjah selatan dan 120.6 darjah timur, dengan kedalaman 10 kilometer.

Gempa bumi berkenaan berada pada jarak 116 kilometer timur laut dari Palu, Indonesia.

Gegaran turut dirasai di sekitar Tawau, Lahad Datu dan Semporna di Sabah, namun tiada ancaman tsunami kepada negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN