PEKERJA sedang bahan cecair bewarna hitam di atas jalan. - AGENSI

Jalan tanah merah dicat hitam menjelang lawatan ahli politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIBREVILLE  – Satu rakaman video yang memaparkan sekumpulan pekerja menyiram bahan cecair berwarna hitam di atas jalan tanah merah bagi kelihatan seperti baharu diturap menjadi tular di media sosial, lapor agensi berita plugtvkenya.

Tindakan itu dipercayai dilakukan sebagai langkah  pantas bagi mencantikkan laluan berkenaan secara sekelip mata menjelang lawatan rasmi seorang ahli politik tempatan ke kawasan tersebut.

Melalui video berdurasi pendek itu, para pekerja dilihat menggunakan peralatan asas untuk meratakan bahan berwarna hitam di atas permukaan jalan berdebu. 

Langkah tersebut disyaki bertujuan untuk memberi gambaran seolah-olah jalan berkenaan telah siap diturap. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN