fbpx
Gambar Tun Mahathir dan dan Tun Hasmah yang dikongsikan Mukhriz di media sosial beserta ucapan ulang tahun perkahwinan ke-70.

Genap 70 usia perkahwinan Tun Mahathir, Tun Hasmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Usia perkahwinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan isterinya, Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali mencecah 70 tahun pada Selasa lalu.

Sempena tarikh keramat itu, anak pasangan tersebut, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengambil kesempatan menitipkan ucapan buat kedua-dua ibu bapanya.

Ucapan tersebut dibuat menerusi media sosial berserta tanda pagar #livelong dan #loveforever.

“Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-70! Semoga terus diberkati Allah SWT dengan kesihatan yang baik, semangat kental dan bahagia dunia akhirat,” katanya.

Hantaran Mukhriz yang juga Presiden Parti Pejuang Tanah Air meraih pelbagai respons daripada orang ramai yang turut teruja dengan hubungan baik pasangan berkenaan yang sentiasa menjadi inspirasi.

“Tun, anugerah suami paling penyayang memang milikmu,” komen seorang pengguna.

“Selamat ulang tahun perkahwinan Tun Mahathir dan Tun Hasmah. Pasangan yang sungguh indah dan sentiasa menjadi inspirasi,” ujar @Aishahali44.

“Semoga Tun berdua sentiasa dirahmati Allah SWT,” ucap individu lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN