fbpx
Gambar hiasan.

Sindiket edar cecair syabu bernilai RM450,00 di Nibong Tebal tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan kegiatan memproses dan mengedar dadah jenis cecair syabu apabila menahan seorang lelaki tempatan di Nibong Tebal di sini, Isnin lalu.

Serbuan tersebut dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, kira-kira pukul 9 malam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata, penahanan suspek berusia 40 tahun itu telah membawa kepada rampasan kira-kira sembilan kilogram cecair syabu yang dianggarkan bernilai melebihi RM450,000.

“Hasil risikan mendapati sindiket terbabit aktif menjalankan kegiatan memproses dan mengedar dadah di sekitar Nibong Tebal sejak Mei lalu.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun semakan rekod mendapati dia mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah,” katanya di sini, hari ini.

Dennis berkata, polis turut menyita pelbagai aset bernilai kira-kira RM70,000 manakala suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 13 Julai ini bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN